Tuesday, October 4, 2011

Dengkur..

Satu tengah hari yang cerah,Adi telah pergi ke sebuah klinik pakar dan bertemu seorang doktor pakar.Berikut adalah perbualan di antara Din dan doktor tersebut :
Din : Doktor,tolong saya tangani penyakit saya ni..
Doktor : Apa sakit awak?
Din : Saya mengalami masalah berdengkur yang terrrramat kronik.. (amboi,kroniknye). Saya tidur berdengkur kuat yang amat.
Doktor : Mm,awak dah kahwin?
Din : Belom,saya masih bujang.
Doktor : Jadi mak bapak awak komplen?
Din : Tak,lagipun saya duduk menyewa.
Doktor : Jadi,teman serumah mengadu ke? Maaf ye,saya cuma nak siasat betapa kronik masalah awak ni.
Din : Tak jugak doktor. Saya duduk sorang.
Doktor : Jadi encik Din, apa yang merisaukan awak dengan dengkuran awak? Awak belum berkahwin, tinggal seorang diri..
Din : Itu la pasal doktor, penyakit saya kuat berdengkur ni telah menyebabkan saya dibuang kerja dah 4 kali kerana kantoi tidur di ofis waktu kerja..isk

No comments:

Post a Comment